Ahad, 28 September 2014

Gua Hitam



Malam itu ialah malam penentuan, jamung api telah dinyalakan sejak petang tadi, bau kemenyan mengapung di setiap ceruk Gua Hitam itu. Entah mengapa suasana menjadi sunyi dan sepi.Ditengah gelanggang, Tok Guru Alang Alam sudah berdiri dengan berpeluk tubuh malam ini lain benar penampilannya, malam ini Tuan Guru Alang Alam segak berbusana lengkap. Belum pernah sekali pun Haron melihatnya sebelum ini. Kebiasaanya Gurunya ini lebih selesa memakai jubah dan beserban putih di kepala.  


"Ke mari Haron, bersiap sedialah untuk pengkhataman ilmu mu ini", lembut suara gurunya memberi arahan. Sebaik sahaja Haron berdiri dalam jarak lima langkah tiba-tiba guru-gurunya mula mengundur dengan kaki kanan tangannya didepakan kemudiannya membawa ke hadapan seperti membelah angin, Gurunya mula membuka tari silat yang indah limbai tangan lam alif amat mempesonakan di sertai tapak panglima Nayan.


Haron juga mula bertari dalam keadaan takut bercampur berani, ini malam penentuan jika gagal dia akan di arah pulang tanpa di dendang. Selesai bertari Tuan Guru Alang Alam merenungnya tajam sepantas itu juga di lancarkan serangan, tumbukan silih berganti dari gurunya, terkejut dengan serangan yang mendadak itu Haron cuba mengelak dalam keadaan kelam kabut belum pernah dia melihat gurunya setangkas dan secepat ini sebelum ini. 


Dalam keadaan yang benar-benar belum siaga satu pukulan emas sepukal hinggap di dadanya. 
"Tumpukan perhatian kamu Haron kalau tidak engkau akan tewas dengan mudah, satukan roh dan jiwamu, nafas dan zikirmu kalau tidak sebelum bertarung engkau akan kecundang" gemersik suara gurunya dengan tegas memberi ingatan. 

Kali ini dia lebih sedia, setelah mengatur kembali langkahnya Haron kini kembali berhadapan dengam Sang Guru namun kali ini agak pelik, Gurunya mula berkedudukan Sendeng ,buku limanya sejengkal dari badan.

Apabila terasa ini adalah peluang Haron mula mengatur serangan sepak layang bertali arus lagaknya bagai orang menebar jala sesekali dia menujah dengan tumitnya, sesekali serangan siku menjunam ke muka gurunya. Namun Tuan Guru Alang Alang mengelak dalam senyuman pergerakannya pantas sekejap ke belakang sekejap ke sisi, seperti dapat membaca setiap gerak serangan yang dilancarkan.

Dikesempatan yang tidak di duga oleh Haron satu pukulan sauk hinggap dirusuk kanannya, beberapa tapak Haron terundur ke belakang senak menjalar keseluruh perut. Tuan Guru Alang Alam berhenti membuat serangan dilihat anak muridnya dengan pandangan mata yang tajam. 

Kali ini Haron terasa kemarahan gurunya,  Haron tidak menunggu lama,  dalam keadaan yang masih sakit dia membuat serangan,  kali ini serangan Rajawali dan pukulan maut menjadi pilihan gerakannya kini lebih pantas, debu-debu mula berterbangan di sekitar gelanggang di dalam gua tersebut. Agak lama pertarungan kali ini si guru mengelak juga membalas begitu juga Haron kali ini dia sudah dapat membaca gerak gurunya. 

Dalam kesempatan yang jarang di temui Haron berjaya membuat tusukan anak tombak ke hulu hati gurunya. "Zaat!" Satu tempikan kuat dari gurunya dan sekelip mata juga dia lihat gurunya hilang di depan mata dan tiba-tiba satu hentakan tembi singgah di sisi kiri rahangnya Haron jatuh terlentang sambil berguling kebelakang setelah berupaya bangun dia sekali lagi terpana abila gurunya mengatur serangan lagi apabila dia menyangga serangan tetak dari gurunya sekali lagi gurunya hilang di depan mata dan berada dibelakangnya "buk," hinggap satu tendangan kebelakangnya, Haron jatuh tertiarap ke hadapan. 

"Bangunlah wahai anak muridku, kau hanya dapat mematah serangan gerakan guruh ku itu tadi dengan tumpuan yang tinggi, lupakah kau amalan silau dan layang tubuh serta zikir lipat bumi?
 padukan kesemuanya", tenang Tuan Guru Alang Adam mengasuh muridnya. 

Harun bangun perlahan-lahan dari jatuhnya dia semakin mengerti dalam keadaan lutut kanannya di bumi, Harun mula berzikir di dalam hatinya ilmu layang tubuh mula menguasai segenap sendinya. Kali ini dia yang akan mulakan serangan pula. Haron berlari kencang ke arah gurunya sepantas itu juga dia membuat tumbukan dan tetakan pergerakan mereka kini bagai bayang-bayang debu-debu mula berterbangan bagai angin ribut melanda gelanggang, pergerakan berjinjit-jinjit itu menjadikan pergerakan Haron lebih pantas begitu juga gurunya ilmu gerakkan guruh begitu istimewa pergerakan pantas dengan tempikan suara "Zat"

Bersambung….




Khamis, 17 April 2014

Kiaisepuh



Malam ini angin yang bertiup terasa dingin sahaja terdengar pula bunyi suara burung hantu mengapung dipersekitaran Pondok At Taqwa suasana begini menyebabkan bulu roma siapapun boleh meriding.

Malam ini malam yang tidak disangka oleh sesiapa, malam yang tidak dijangka oleh sesiapa apa akan berlaku.

Tetamu yang bercekak pinggang dan membuat bising ini bukan calang-calang orangnya penduduk Kampung  Sungai Darah sangat mengenali dia. "Kadir Misai" Bukan sahaja dikenali sebagai bomoh biasa jika dibandar dia lebih dikenali sebagai Bomoh VIP ada juga yang menggelarnya Bomoh International.

Kisah yang selalu dibawa dari mulut ke mulut ialah kehebatannya yang pernah bertarung dengan seekor buaya di Kampung Sungai Darah ini, katanya juga dalam pertarungan itu dia dapat menampar buaya tersebut sehingga berjejeh air liur buaya itu dan terjelir dengan mata terbuntang. Namun cerita itu entah ke betul entah tidak dapat dipastikan kerana tiada saksi dan tiada bukti ditemui.

Kiaisepuh dari tadi hanya tersenyum apabila mendengar cerita itu dari mulut anak-anak muridnya dan sebentar tadi Kadir Misai mengulangi cerita itu di hadapannya dengan bertempik-tempik bagai dirasuk pelesit.

Tidak sangka pula Kiaisepuh, pertolongan perubatan yang dihulurkan kepada Khairi Jamaludom membawa masalah sehingga sebesar ini.

"Pak Kiai! Kenapa Pak Kiai masuk campur hal orang tua dengan budak-budak hingusan ini?, Pak Kiai mengajar sudahlah."

"Hari ini aku mahu mencabar Pak Kiai mungkin Pak Kiai belum kenal siapa aku.", Jerkah Kadir Misai sambil bercekak pinggang.

Sepantas itu juga terdengar Kadir Misai membaca mentera. Tiba-tiba terdengar deru angin dari tenggara kuat bertiup membawa juga bau busuk seperti bangkai.

Penduduk kampung dan anak murid Kiaisepuh yang berada di situ cepat-cepat menutup hidung ada juga yang sudah termuntah.

Sejurus bau busuk yang menusuk hidung itu menyebar ke Pondok At Taqwa, kelihatan  satu lembaga besar setinggi tiang elektrik berdiri di belakang  Kadir Misai. Matanya merah merenung Kiaisepuh, gigi taringnya menyeringai seperti taring babi badannya berbulu lebat seperti beruang. Orang ramai yang melihat situasi itu tergamam seribu bahasa ada yang telah melarikan diri ada beberapa orang yang pengsan kerana dihambat perasaan takut.

Namun Kiaisepuh masih seperti tadi berdiri lurus sambil matanya memandang tepat kepada Kadir Misai. Lembaga di belakang Kadir Misai  sedikit pun tidak menjadikan dia rasa gerun.

Tiba-tiba Kadir Misai bertempik keras sejurus itu lembaga itu berlari kencang ke arah Kiaisepuh namun dalam jarak lima langkah dari Kiaisepuh lembaga itu tersungkur dan tidak bangun-bangun hanya terdengar bunyi dengkuran nafasnya sahaja seperti lembu yang disembelih.

Ketika inilah kelihatan Kiaisepuh melompat tinggi melepasi makhluk tadi dan bergerak pantas ke arah Kadir Misai. Kadir Misai tergamam tidak sempat berbuat apa-apa pergerakan Kiaisepuh bagai angin ribut

Pang! Satu tamparan tepat ke muka Kadir Misai, Kadir Misai terpana jatuh terduduk mulutnya berdarah mukanya hitam sebelah.

Orang ramai yang melihat situasi itu tergamam seribu bahasa lebih-lebih lagi anak murid Kiaisepuh, setahu mereka Pak Kiai hanya seorang guru agama yang alim. Jubah dan serban yang selalu dipakai dapat menyembunyi hakikat sebenar guru mereka. Namun malam ini membongkar segalanya  Pak Kiai bukan sahaja alim dalam bidang agama tetapi juga mahir dalam persilatan.

Kiaisepuh berjalan perlahan ke arah lembaga tadi sejurus itu dia menghentak kakinya ke tanah sambil membaca "innafatahna lakafathamubina." Kelihatan makhluk itu  mula bergerak bangun dalam keadaan lemah.

"Sudah!  Pergi kembali ke tempat asalmu jangan menjadi hamba siapa-siapa, jadilah hamba Allah yang beriman." Terdengar nasihat ikhlas dari Kiaisepuh kepada lembaga itu. Kedengaran dengusan perlahan dari lembaga tersebut dan dia pun berjalan ke arah semak yang gelap lalu ghaib dari pandangan.

Kiaisepuh berkalih ke arah Kadir Misai tersungkur tadi tetapi Kadir Misai sudah tiada di situ. "Allah" terdengar perlahan ucapan itu keluar dari mulut Kiaisepuh bunyinya seperti keluhan bernada menyesal.

"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai para pelajar masuklah kembali ke musolla, kita buat solat syukur. Esok baru kita sambung semula pengajian Tasawuf." seru Kiaisepuh kepada anak muridnya dan penduduk kampung yang masih ada di situ.

Kadir Misai berlari terkocoh-kocoh langkahnya tidak teratur, beberapa kali dia jatuh tersungkur, tersadung kaki sendiri padahal tiada siapa yang mengejarnya.

Terasa bisa menjalar di bahagian mukanya semakin lama semakin sakit kini melarat pula dibahagian kanan tangan dan dadanya.

"Cis! Ilmu apa yang Kiai kenakan pada aku, belum pernah aku rasa sakit dan sebisa  ini,"

Kadir Misai mengemaskan duduk silanya diperasap kemenyan di dalam dupa, di tunggu seketika melihat arah asap itu menerawang ke arah mana, apabila asap kemenyan itu tiba-tiba berarah ke kiri seperti disedut sesuatu dia terasa lega dia tidak keseorangan sekarang ini.
mahu tidak mahu dia terpaksa menawar sakit dan bisa yang kian merebak di badannya

"Hei ulat bulu aku tahu asal usulmu.
Kau jadi dari bulu hidung Adam. Mari turun ke kaki ku hilang bisa hilang rasa.
Hei si rumpun si rumpani bermata merah berambut panjang berkuku tajam. Mari rawat aku mari bantu aku.
Dibacanya mentera yang penuh khurafat lagi syirik.

Kemudian di sapu air itu ke muka dan badannya apa yang berlaku adalah diluar jangkaan sakitnya semakin membisa

Arrgghhh! Sakitnya... Tolong!...Tolong!Bisanya!.. aku tak tahan lagi arrrghhh....! Sakitnya!