Khamis, 17 April 2014

Kiaisepuh



Malam ini angin yang bertiup terasa dingin sahaja terdengar pula bunyi suara burung hantu mengapung dipersekitaran Pondok At Taqwa suasana begini menyebabkan bulu roma siapapun boleh meriding.

Malam ini malam yang tidak disangka oleh sesiapa, malam yang tidak dijangka oleh sesiapa apa akan berlaku.

Tetamu yang bercekak pinggang dan membuat bising ini bukan calang-calang orangnya penduduk Kampung  Sungai Darah sangat mengenali dia. "Kadir Misai" Bukan sahaja dikenali sebagai bomoh biasa jika dibandar dia lebih dikenali sebagai Bomoh VIP ada juga yang menggelarnya Bomoh International.

Kisah yang selalu dibawa dari mulut ke mulut ialah kehebatannya yang pernah bertarung dengan seekor buaya di Kampung Sungai Darah ini, katanya juga dalam pertarungan itu dia dapat menampar buaya tersebut sehingga berjejeh air liur buaya itu dan terjelir dengan mata terbuntang. Namun cerita itu entah ke betul entah tidak dapat dipastikan kerana tiada saksi dan tiada bukti ditemui.

Kiaisepuh dari tadi hanya tersenyum apabila mendengar cerita itu dari mulut anak-anak muridnya dan sebentar tadi Kadir Misai mengulangi cerita itu di hadapannya dengan bertempik-tempik bagai dirasuk pelesit.

Tidak sangka pula Kiaisepuh, pertolongan perubatan yang dihulurkan kepada Khairi Jamaludom membawa masalah sehingga sebesar ini.

"Pak Kiai! Kenapa Pak Kiai masuk campur hal orang tua dengan budak-budak hingusan ini?, Pak Kiai mengajar sudahlah."

"Hari ini aku mahu mencabar Pak Kiai mungkin Pak Kiai belum kenal siapa aku.", Jerkah Kadir Misai sambil bercekak pinggang.

Sepantas itu juga terdengar Kadir Misai membaca mentera. Tiba-tiba terdengar deru angin dari tenggara kuat bertiup membawa juga bau busuk seperti bangkai.

Penduduk kampung dan anak murid Kiaisepuh yang berada di situ cepat-cepat menutup hidung ada juga yang sudah termuntah.

Sejurus bau busuk yang menusuk hidung itu menyebar ke Pondok At Taqwa, kelihatan  satu lembaga besar setinggi tiang elektrik berdiri di belakang  Kadir Misai. Matanya merah merenung Kiaisepuh, gigi taringnya menyeringai seperti taring babi badannya berbulu lebat seperti beruang. Orang ramai yang melihat situasi itu tergamam seribu bahasa ada yang telah melarikan diri ada beberapa orang yang pengsan kerana dihambat perasaan takut.

Namun Kiaisepuh masih seperti tadi berdiri lurus sambil matanya memandang tepat kepada Kadir Misai. Lembaga di belakang Kadir Misai  sedikit pun tidak menjadikan dia rasa gerun.

Tiba-tiba Kadir Misai bertempik keras sejurus itu lembaga itu berlari kencang ke arah Kiaisepuh namun dalam jarak lima langkah dari Kiaisepuh lembaga itu tersungkur dan tidak bangun-bangun hanya terdengar bunyi dengkuran nafasnya sahaja seperti lembu yang disembelih.

Ketika inilah kelihatan Kiaisepuh melompat tinggi melepasi makhluk tadi dan bergerak pantas ke arah Kadir Misai. Kadir Misai tergamam tidak sempat berbuat apa-apa pergerakan Kiaisepuh bagai angin ribut

Pang! Satu tamparan tepat ke muka Kadir Misai, Kadir Misai terpana jatuh terduduk mulutnya berdarah mukanya hitam sebelah.

Orang ramai yang melihat situasi itu tergamam seribu bahasa lebih-lebih lagi anak murid Kiaisepuh, setahu mereka Pak Kiai hanya seorang guru agama yang alim. Jubah dan serban yang selalu dipakai dapat menyembunyi hakikat sebenar guru mereka. Namun malam ini membongkar segalanya  Pak Kiai bukan sahaja alim dalam bidang agama tetapi juga mahir dalam persilatan.

Kiaisepuh berjalan perlahan ke arah lembaga tadi sejurus itu dia menghentak kakinya ke tanah sambil membaca "innafatahna lakafathamubina." Kelihatan makhluk itu  mula bergerak bangun dalam keadaan lemah.

"Sudah!  Pergi kembali ke tempat asalmu jangan menjadi hamba siapa-siapa, jadilah hamba Allah yang beriman." Terdengar nasihat ikhlas dari Kiaisepuh kepada lembaga itu. Kedengaran dengusan perlahan dari lembaga tersebut dan dia pun berjalan ke arah semak yang gelap lalu ghaib dari pandangan.

Kiaisepuh berkalih ke arah Kadir Misai tersungkur tadi tetapi Kadir Misai sudah tiada di situ. "Allah" terdengar perlahan ucapan itu keluar dari mulut Kiaisepuh bunyinya seperti keluhan bernada menyesal.

"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai para pelajar masuklah kembali ke musolla, kita buat solat syukur. Esok baru kita sambung semula pengajian Tasawuf." seru Kiaisepuh kepada anak muridnya dan penduduk kampung yang masih ada di situ.

Kadir Misai berlari terkocoh-kocoh langkahnya tidak teratur, beberapa kali dia jatuh tersungkur, tersadung kaki sendiri padahal tiada siapa yang mengejarnya.

Terasa bisa menjalar di bahagian mukanya semakin lama semakin sakit kini melarat pula dibahagian kanan tangan dan dadanya.

"Cis! Ilmu apa yang Kiai kenakan pada aku, belum pernah aku rasa sakit dan sebisa  ini,"

Kadir Misai mengemaskan duduk silanya diperasap kemenyan di dalam dupa, di tunggu seketika melihat arah asap itu menerawang ke arah mana, apabila asap kemenyan itu tiba-tiba berarah ke kiri seperti disedut sesuatu dia terasa lega dia tidak keseorangan sekarang ini.
mahu tidak mahu dia terpaksa menawar sakit dan bisa yang kian merebak di badannya

"Hei ulat bulu aku tahu asal usulmu.
Kau jadi dari bulu hidung Adam. Mari turun ke kaki ku hilang bisa hilang rasa.
Hei si rumpun si rumpani bermata merah berambut panjang berkuku tajam. Mari rawat aku mari bantu aku.
Dibacanya mentera yang penuh khurafat lagi syirik.

Kemudian di sapu air itu ke muka dan badannya apa yang berlaku adalah diluar jangkaan sakitnya semakin membisa

Arrgghhh! Sakitnya... Tolong!...Tolong!Bisanya!.. aku tak tahan lagi arrrghhh....! Sakitnya!